Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) – Majma’ Jahani Ahlul Bait meyiarkan pesanan tahniah sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada umat Islam; bulan ini adalah peluang untuk membina diri, kembali kepada fitrah sendiri serta mengimbas, tafakkur, membayangkan dan muhasabah jiwa. Semoga umat Islam dan hamba Allah yang mukmin mendapat manfaat yang terbaik di bulan ini.Matan pesanan ini adalah seperti berikut:بسم الله الرحمن الرحیمیا ایهاالذین آمنوا کتب علیکم الصیام، کما کتب على الذین من قبلکم لعلکم تتقون“Wahai orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa, sebagaimana yang diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertaqwa”.Majma’ Jahani Ahlul Bait mengucapkan tahniah kepada umat Islam sempena bulan keberkatan, bulan paling menggembirakan dengan kelebihan yang paling baik dari bulan-bulan yang lain, juga bulan tetamu Allah yang tinggi martabatnya.Bulan ini mempunyai malam Al-Qadr yang lebih baik dari seribu bulan dan telah dinukilkan daripada Rasulullah bahawa baginda bersabda ketika menyambut bulan agung ini: “Wahai manusia, bulan Allah yang mempunyai berkat, rahmat dan keampunan datang kepada kamu, ia adalah satu bulan yang paling baik di sisi tuhan dari bulan-bulan yang lain dan hari-harinya lebih baik dari hari-hari lain, malam-malamnya lebih baik dari malam-malam lain, masa-masanya lebih baik dari masa-masa lain”.Ayat suci menerangkan tujuan puasa ialah ketaqwaan, dan taqwa sebagai tajuk yang luas di mana kebanyakan hakikatnya dianggap terdiri daripada kembali kepada Allah (s.w.t), taubat, istighfar dan pulang kepada fitrah sendiri.Kita di ambang bulan keberkatan ini, umat berada di zaman kebangkitan Islam dan kembali kepada agama tersebut dengan seluruh kewujudan dan dimensinya.Kita mohon daripada Allah Yang Maha Besar agar kebangkitan ini sampai kepada kemenangan yang jelas dan semoga janjinya pula menjadi kenyataan ditangan juru selamat Imam Al-Mahdi Al-Muntazar (a.j) sehingga keadilan menguasai seluruh dunia.Umat Islam hendaklah bertadabbur dan bertaammul pada diri sendiri dalam keseluruhan detik di bulan ini dan kembali ke arah Tuhan yang disembah yang menyebabkan bergandanya kebaikan dan kesucian atas dosa sebagaimana Rasulullah (s.a.w) bersabda: “Celakalah bagi sesiapa yang tidak mendapat keampunan Ilahi dalam bulan besar ini”.Kita tidak sepatutnya lupa bahawa untuk mendapatkan hasil-hasil yang besar memerlukan perhatian, usaha, amal dan ikhlas.Bulan yang besar ini adalah bulan menilai, tafakkur, membayangkan dan muhasabah jiwa kerana manusia di dalam bulan yang mulia ini menahan diri dari makan, minum dan kehendak syahwat harian, manusia juga melepaskan diri dari godaan-godaan yang memusnahkan jika tenggelam di dalamnya.Bulan Ramadhan Al-Mubarak memberikan peluang kepada manusia untuk memerhatikan diri sendiri dan keadaan maknawi yang diwujudkan supaya manusia didorong ke jalan pendidikan Islam dan menggunakan kesempatan sebaik-baiknya di bulan keberkatan ini. Perkara-perkara yang yang menjadi tanggungjawab di bulan ini ialah:1. Tilawah Al-Quran di mana pembacaannya dialu-alukan dan Allah berfirman: “Bulan Ramadhan yang diturunkan Al-Quran padanya”. Terdapat Hadis: “Setiap sesuatu ada musim semi, dan musim semi Al-Quran ialah bulan Ramadhan”. Pembacaan Al-Quran akan menyebabkan manusia memahami zatnya dan memerhatikannya sambil menemui kesalahan dan kekurangannya. Sudah tentu perkara ini berkaitan dengan Tadabbur dalam pembacaan Al-Quran, perhatian kepada pemahaman makna, perhatian kepada kadar kewajiban kepada peraturan dan arahan Al-Quran.2. Solat malam sebagai peluang sebenar tidak ditinggalkan oleh pencinta dan mukmin yang berbicara dengan Tuhan di mana waktu-waktu malam manusia tidur atau sebuah masalah insan jauh dari Tuhan yang disembah. Ia tidak akan melepaskan kesempatan terbaik sebagai insan yang mengasingkan diri bersama Tuhan di pertengahan malam. Mukmin hendaklah mempunyai rancangan solat ini agar ia dapat menuai hasil dan natijah yang paling baik di samping dapat menunaikan ibadah dengan senang hati. Sudah tentu dari solat ini mengesahkan matlamatnya sebagaimana yang Allah (s.w.t) firmankan: (وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَّكَ عَسَى أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُودًا) “Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “nafilah” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.3. Doa-doa yang yang dinukilkan di bulan Ramadhan adalah khazanah pendidikan dan maknawi dapat menggerakkan iradah manusia ke arah perubahan, kemajuan dan taubat daripada dosa-dosa dan kesilapan.4. Bulan yang mulia ini sangat sesuai untuk mempromosikan mukmin di mata masyarakat, menyingkirkan seluruh ikhtilaf di dalam komuniti kebencian peribadi antara manusia dengan yang lain. Ini adalah dakwah yang paling jelas untuk perdamaian di dalam masyarakat. Natijah yang berseri-seri akan diraih sekiranya ia bersungguh-sungguh dalam bulan ini.5. Wajib ke atas kita dan seluruh umat Islam di dalam bulan besar ini memperkenalkan kepada pengikut berbagai agama dan seluruh orang yang mencari kemenangan dan keselamatan supaya insan mendapati bahawa kehidupannya adalah untuk sampai kepada kesempurnaan dan kemajuan sehingga ia tahu betapa perlunya utusan Allah yang sesuai untuknya di bumi. Wassalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhMajma’ Jahani Ahlul BaitAwal bulan Ramadhan 1432
10 Ogos 2011 - 19:30
News ID: 258892
Ketika memasuki bulan ini, umat kita berada di dalam zaman kebangkitan Islam dan kembali kepada agama tersebut dengan seluruh dimensi tersendiri. Kita mohon daripada Allah agar kebangkitan sampai kepada kemenangan yang jelas dan semoga janjinya pula menjadi kenyataan ditangan juru selamat Imam Al-Mahdi Al-Muntazar (a.j) sehingga keadilan menguasai seluruh dunia.